Oleh: Jamaludin Bahari, Penganalisis Temuduga
Warga POSESO semua di bawah adalah email yang dihantar kepada penulis oleh En Jamaludin Bahari yang merupakan seorang penganalisis temuduga, diharap agar ianya akan dapat membantu graduan POSESO semasa temuduga nanti..
"Assalamualikum dan selamat sejahtera Faizal,Dah lama saya tak hantar email kepada Faizal. Faizal sihat? Saya harap Faizal berada dalam keadaan sihat sokmo. Mari kita ikuti satu tips baru dari saya..
Kita sering dengar di mana calon-calon temuduga beremosi semasa dalam sesi temuduga. Contohnya:
1.Calon naik marah apabila terasa dipermain-mainkan oleh panel penemuduga..saiko sikit dah melenting
2.Calon sangat sensitif sehingga ada yang menangis jika dimarahi atau dihina oleh panel penemuduga terutamnya calon girl la kan...hehehe
3.Calon merasakan diri mereka sangat hebat sehingga memperlekeh-lekehkan panel penemuduga..tahula diorang tululusan oversea jangan la berlagak kan..
4.Calon terlalu sedih menceritakan kesusahan hidup,sehingga merayu-rayu kepada panel ” tolong la encik...kasihanila saya encik” sambil menangis teresak-esak..
5.Calon amat berlagak, menceritakan diorang anak Datuk,saudara menteri, ada kabel baik punye....sehinggakan hidungtu naik tinggi macam Piee Nana Tanjung..
6.Calon me”muncungkan” bibir apabila tidak suka akanpanel yang menemuduga kerana bagi soalan power
7.Dan bermacam-macam ragam lagi la....Semasa berada di bilik temuduga, kerapkalinya kita akan ditanyakan soalan-soalan yang kita kurang bersedia dan mampu menyentuh emosi kita. Soalan-soalan inikebanyakkannya seolah-olah "mencabar" kewibawaan kita.Senang cerita – saiko...
Apa yang perlu kita perlu lakukan adalah :
1.Ingatkan diri kita bahawa penemuduga hanya sedang menguji kita. Umpama orang yang sedang berlakon drama.Bukannya betul-betul. Panel ni sebenarnya nak lihat reaksi kita bagaimana. Dari situ mereka boleh menilai akan keperibadian diri kita sebenarnya. Adakah kita seorang yang sensitif,garang, bersabar, tenang dan lain-lain.
2.Jawab dengan jelas dan lantang apabila menjawab soalan berbentuk provokasi ini. Mengapa? Dengan berbuat sebegini,kita akan menjadi lebih berkeyakinan dan bersemangat dan tidak mudah diprovokasikan.
3.Kikiskan sifat ego kita jika ada. Kita perlu merendahkan diri secara sederhana (jangan terlalu merendah diri).Hormati penemuduga kita, kerana merekalah yang menentukan samada kita berjaya atau tidak dalam temuduga tersebut.
4.Tenangkan diri kita sebelum menjawab soalan, selalunya penemuduga akan cuba menggunakan jawapan kita untuk membidas. Ambil masa sedikit sebelum menjawab soalan yang ditanya.
5.Banyakkan senyuman. Ya senyuman itu adalah penawar.Penawar yang mampu melembutkan hati orang yang senyum dan juga orang yang melihat senyuman kita.
6.Berikan penekanan dalam jawapan kita yang menyokong butiran-butiran yang tertulis dalam CV/Resume anda. Berikan penekanan kepada pencapaian kita yang tidak boleh dicapai orang lain. Kiranya kita rasakan kita memang berkelebihan dalam sesuatu bidang.
7.Jangan sesekali menunjukkan kita hilang minat terhadap pekerjaan ditawarkan. Kita perlu tunjukkan sikap excited kita kepada panel penemuduga. Penemuduga akan melihat kita sebagai seorang yang benar-benar inginkan jawatan yang dipohon.Sekian saja tips dari saya yang tidak seberapa ni.
Sorry ye ayat saya taip ni sempoi2 je...Sekali-skala guna ayat sempoi...hehehe Thanks,Admin kerja-kerajaan.com, Jamaluddin Bahari"
Semoga tips yang diberikan akan dapat digunakan untuk berdepan dengan penemuduga yang kita sendiri tidak jangka apa soalan yang akan ditanya..so, sediakan payung sebelum hujan..
Keja
2 years ago
0 comments:
Post a Comment