Saturday, July 18, 2009

TAHNIAH GRADUAN POSESO (GROUP 2006/2009)

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada seluruh warga posesorian UMT...
Lama betul blog kesayangan kita semua ini tidak diupdate, al-maklum lah banyak urusan yang terpaksa penulis selesaikan, ok lah berbalik kepada tajuk kita pada kali ini sidang POSESO@UMT ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada kumpulan 2006/2009 yang baru sahaja selamat menerima skrol masing-masing pada istiadat konvokesyen ke-7 Universiti Malaysia Terengganu yang berlangsung pada 15-16 Julai 2009 yang lalu..

Saat-saat menerima skrol merupakan saat yang paling bersejarah dalam hidup kita, setelah penat lelah 3 tahun berkejar dengan kuliah,tutorial,tugasan,kuiz,keje lapangan dan banyak lagi akhirnya hari yang ditunggu-tunggu tiba jua apabila segulung ijazah dikurniakan kepada kita atas syarat-syarat yang telah kita lepasi,pada masa ni insan paling gembira adalah ibubapa kita yang banyak berjasa dalam mendidik kita untuk menjadi insan yang cemerlang, tidak dilupakan juga kepada barisan pensyarah Jabatan Ekologi Sosial yang sentiasa memberikan satu pembaharuan dalam menjadikan graduan POSESO setanding dengan arus kemodenan dan kepesatan semasa...

Pada kesempatan ini, blog POSESO@UMT ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada 2 orang graduan POSESO yang berjaya mengekalkan kecemerlangan sehingga berjaya menamatkan pengajian dengan kepujian kelas pertama, tahniah dan syabas diucapakan semoga kalian terus unggul dan mampu melakukan perubahan untuk diri,keluarga dan masyarakat kelak, kepada barisan graduan yang baru sahaja selesai menerima skrol cabaran hidup anda telah sedia menunggu, pilih lah jalan yang anda rasa tepat dengan diri anda berpandukan segala ilmu yang diberikan dan dibekalkan oleh para pensyarah semasa menuntut di UMT...

Apapun yang pasti jangan sesekali lupakan pengalaman pahit manis semasa di UMT kerana UMT dan POSESO adalah merupakan warna-warna kedewasaan kalian semua, kami di sidang blog POSESO@UMT sekali lagi ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada semua graduan POSESO UMT 2009....

Friday, June 19, 2009

TAHNIAH...BAKAL2 PENDIDIK (siri 1)

Holla....
lama nyer x menulis kat blog ni, al-maklum lah penulis banyak sangat keja nak dibuat..ni pun atas desakan ramai nak kan maklumat terbaru kat blog POSESO@UMT ni maka disiarkan lah berita terbaru, tengok saja tajuk kat atas tu...tahniah kepada bakal2 pendidik. sapa pulak nak jadi cikgu ni kan!!
2-3 bulan lepas kan kecoh para graduan poseso sibuk isi borang, duduki ujian dan hadir intiview untuk kursus KPLI dan DPLI ambilan Julai 2009..jadi untuk kali ni, sidang blog POSESO@UMT ingin menyenaraikan senarai nama para graduan poseso yang berjaya dalam pemilihan tersebut dan rata2 nyer didominasi oleh kumpulan 1/2005..TAHNIAH diucapkan semoga dapat jadi cikgu yang baik ok...

1. Fred Anak Megom (IPG Hulu Kinta, Pengajian Sosial)
2. Mohd Amirul Bin Abdul Aziz (UUM, Sivik dan Kenegaraan)
3. Mohd Faizal Bin Abdul Ghani (UPSI, Pengajian Am)
4. Norhadi Mohd Nordin (UPSI, Pengajian Am)
5. Muhammad Firdaus Hassan (UPSI, Pengajian Am)
6. Mohd Masnizam Abd Mutalib (UPSI, Pengajian Am)
7. Hasrul Farid (UPSI, Pengajian Am)
8. Mohd Izahar Bin Yazid (UPSI, Sivik dan Kenegaraan)
9. Nurul Aqma Binti Mohd Zin (UPSI, Pengajian Am)
10. Nurul Akmar Abdul Halim (UPSI, Pengajian Am)
11. Wan Nur Salisah Wan Abd Rahman (UPSI, Pengajian Am)
12. Ramatia Bt Dullah (UPSI, Pengajian Am)
13. Norosminah Bt Sukaimi (UPSI, Pengajian Am)
14. Nordalilah Bt Awang Noh (UPSI, Pengajian Am)
15. Najibah Binti Jaafar (UPSI, Pengajian Am)
16. Julia Bt Mohd Zain (UPSI, Sivik Dan Kenegaraan)
17. Nur Ayuni Mamat (UPS, Sivik Dan Kenegaraan)
18. Nurul Khalidah Bt Khalid (UPSI, Sivik Dan Kenegaraan)
19. Rasyidah Bt Mansor (UPSI, Sivik Dan Kenegaraan)
20. Siti Nurul Ain Bt Mohsin (UPSI, Sivik Dan Kenegaraan)
21. Dominic Anak Peter Satub (UPSI, Pengajian Am)
22. Daisy Boneface (UPSI, Pengajian Am)
23. Ribka Kasing (UPSI, Pengajian Am)
24. Wan Noridayu Wang Ghani (UUM, Sivik Dan Kenegaraan)
25. Umi Huzaifah Bt Ngah (UUM, Sivik Dan Kenegaraan)
26. Suraida Bt Suhaimi (UUM, Sivik Dan Kenegaraan)
27. Siti Norashikin (UUM, Sivik Dan Kenegaraan)
28. Mohammad Bin Sidek (UKM, Masalah Pembelajaran)
29. Norjilawati Binti Mohd Amin (UPM, Pendidikan Moral)
30. Hashimah (UPSI, Pengajian Am)
31. Ismail Faiz Bin Japilus (UPSI, Pengajian Am)
32. Nor Azizah Bt Kauwasa (UPSI, Pengajian Am)
33. Suzana Bt Abdullah Sani (UPSI, Pengajian Am)
34. Samsiah Bt Mohd (UPSI, Pengajian Am)
35. Mardiana Bt Abd Razak (UPSI, Pengajian Am)
36. Nor Hamizah Binti Rusian (UPSI, Pengajian Am)
37. Hazura Binti Mustapha (UUM, Sivik Kenegaraan)

(Update sehingga 19.06.2009)

Senarai di atas adalah bakal2 pendidik daripada kumpulan 1/2005..tahniah diucapkan kepada yang berjaya, yang tidak berjaya jangan iri hati, jangan sakit hati, jangan bunuh diri..Insyaallah tahun depan ada lagi peluang. Dengan bilangan ini menjadikan graduan poseso paling ramai dipilih pada kali ini berbanding cos lain di UMT ..Tahniah diucapkan sekali lagi kepada para bakal guru...



"SELAMAT PAGI CIKGU..."

Friday, May 15, 2009

SELAMAT HARI GURU KEPADA PENSYARAH JABATAN EKOLOGI SOSIAL

"Jika hari ini seorang raja menaiki tahta,
Jika hari ini seorang perdana menteri memerintah negara,
Jika hari ini seorang doktor merawat pesakitnya,
Jika hari ini seorang peguam menang perbicaraannya,
Jika hari ini seorang tentara gagah di medan pertempuran,
Segala langkahnya bermula daripada seorang insan bernama "GURU"..."
Hai semua,
Pagi yang indah kan!! hari ni adalah 16 Mei 2009 yang mana seluruh Malaysia menyambut Hari Guru. Guru umpama lilin membakar diri untuk menerangi orang lain. Tanpanya sesat lah kita di tengah-tengah lautan ilmu yang terbentang luas jugak. Pada kesempatan ini blog poseso@uMt ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada barisan pensyarah Jabatan Ekologi Sosial iaitu:
  • Prof Dr Ibrahim Bin Mamat
  • Prof Madya Dr Asyraf Hj Abd Rahman
  • Prof Madya Dr Fazli Adam
  • Dr Nizaita Omar
  • Dr Bazli
  • Dr Razali
  • Dr Norhayati
  • Puan Ismar Liza Mahani Ismail
  • Puan Ruzaini
  • Puan Rasyidah Mohamad
  • En Nazli
  • En Syahrin
  • Cik Rozita
  • Cik Aishah

H.A.P.P.Y. T.E.A.C.H.E.R. D.A.Y

AL-FATIHAH KEPADA ARWAH EDY GROUP 08/11

Assalamualaikum..
alhamdulilah kerana izin Ilahi kita dapat lagi bernafas dan meneruskan hidup kita dengan penuh tanda tanya akan apakah takdir yang akan menunggu kita di depan. Pada edisi kali ini, penulis ingin mengumumkan kepada seluruh keluarga POSESO UMT akan pemergian arwah Edy yang merupakan pelajar tahun 1 Sarjana Muda Pengurusan Polisi Dan Sekitaran Sosial ke rahmatullah. Mengikut wartawan blog poseso@uMt arwah dikatakan terlibat dalam satu kemalangan jalan raya yang mengakibatkan pendarahan yang teruk lantaran arwah tidak dapat diselamatkan...

Sidang blog poseso@uMt dengan ini menyeru agar seisi keluarga POSESO UMT menghadiahkan al-fatihah kepada arwah Edy agar ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Kepada ahli keluarga arwah Edy kami mengharapkan agar bersabar dan pasrah dengan ujian yang diberikan oleh Ilahi. Sudah menjadi kitaran yang hidup pasti akan meninggal jua.

Salam Takziah,
Sidang Blog poseso@uMt

GROUP 04/07..

"Posing di pantai lah kita jawabnyer, mana kak bedah?!!"

"Lawatan Kl-Putrajaya Group 04/07"
Salam semua,

Selamat malam, macam mana urusan hari ini. kerja macam mana diharap agar dapat dilakukan dengan penuh dedikasi hendaknya. Pada malam ini, penulis tak lakukan apa-apa sekadar check inbox dekat email blog poseso@uMt... ternyata blog POSESO semakin mendapat tempat. Terima kasih sidang blog poseso@uMt ucapkan kepada semua yang sudi untuk meluangkan masa membaca artikel santai di blog ini. Pada malam ini, kita akan berkongsi gambar yang dikirimkan oleh abg aum@ cikgu aum kita, kata abang aum pic yang dikirimkannya itu adalah kenangan bersama kawan-kawan group 04/07 semasa berada pada semester akhir di UMT yang mana gambar tersebut di ambil di Pantai Tok Jembal..
Pic kedua pula adalah semasa lawatan akademik ke Kuala Lumpur dan Putrajaya yang merupakan acara wajib bagi mahasiswa Sarjana Muda Pengurusan Polisi Dan Sekitaran Sosial, lawatan ini bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar tentang suasana sebenar berada dalam lingkungan pentadbiran kerajaan serta pelan pengurusannya..

Diharap tersiarnya pic ini akan membuatkan ikatan di antara group 04/07 semakin kuat. Kami di sidang blog poseso@uMt mendoakan semua POSESORIAN group 04/07 sentiasa berada dalam limpahan keberkatan dan akan terus unggul di mana jua berada..Kepada posesorian group 04/07 yang ingin menceritakan pengalaman hidup atau apa jua tips bolehlah emailkan kepada editor blog poseso@uMt agar artikel anda akan dapat disiarkan untuk tatapan semua..

Salam Rindu Penuh Keiklasan,
Editor

E-KULIAH WEB UMT DISALAH GUNAKAN..

A'kum semua,
apa kaba hari ini?...kalau sebut tanya kaba ni penulis ingin bercerita tentang pengalaman yang cukup memilukan dalam riwayat hidup..hehehehe...al kisahnya penulis buka satu tajuk dekat ekuliah dekat website UMT topic tu berbunyi "apa kaba student policy". Penulis yang postkan tajuk tu sebelum kemunculan blog poseso@uMt ni. Malangnya ada sesetengah pelajar daripada group 07/10 daripada program pengajian lain serta junior POSESO sendiri yang sentapkan penulis dengan mendedahkan kekurang penulis di ruangan tersebut. Tajuk yang ditulis cukup elok sekali "Apa kaba student policy"...

Tapi apa yang penulis harapkan adalah komen daripada pelajar POSESO, tetapi lain pulak muncul. Dipersoalkan kenapa kita mudah dapat cgpa 3.00++, junior poseso daripada group 07/10 yang komen jugak tidak kurang hebat, umpama satu sindirin kepada penulis. Penulis kenal gerangan siapa pelajar tersebut. Karekter junior yang tulis komen yang menjatuhkan air muka penulis baik sahaja di depan tadi di belakang hanya tuhan saja mampu mengetahuinya. Dipersoalkan penulis menyambung pengajian di peringkat master dan penulis pada akhir ayat ada tulis perkataan "leed, uk" sekadar tagline untuk diri penulis turut dipersoalkan. Terima kasih kepada semua yang telah menyalahgunakan chatroom yang UMT sediakan untuk berinteraksi bukannya untuk gaduh..

Kepada junior group 07/10 ampun dan maaf penulis mohon sekiranya terkasar bahasa, ini kata orang tua2 kerana nila setitik habis rosak susu satu periuk..jumpa lagi, renung2 kan dan nilai di mana diri kita...

Thursday, May 14, 2009

FOBIA UNTUK BERSUARA...

A'kum semua,
apa kaba anda hari ini?pensyarah jabatan ekologi sosial mcm mana? diharap agar semua berada dalam keadaan yang sihat walafiat hendaknya. Hari ni kita akan buka satu lagi topik dalam blog poseso@uMt ini iaitu masalah fobia bila berdepan dengan public, masalah ini merupakan antara masalah yang paling kronik terutama sekali yang melibatkan golongan graduan yang boleh kita terjemahkan mereka sebagai golongan elit yang akan menjana pembangunan negara kita. Masalah fobia bila bersuara ini sering kali menjadi penyakit kepada golongan para graduan. Lantaran itu menyebabkan pelbagai impak negatif yang akan diterima ekoran sindrom fobia untuk bersuara lagi..

Kalau dianalisis kecemerlangan pelajar pada hari ini di atas kertas semua cemerlang, akan tetapi persoalan yang selalu timbul di kotak fikiran apabila mengapa masih ada pelajar yang memiliki CGPA yang tinggi gagal untuk mendapat pekerjaan baik di sektor awam mahupun swasta, adakah program pengajian tidak kuat atau tahap kemampuan para graduan yang lemah untuk berdepan dengan barisan penemuduga yang kita sendiri tidak menyangka akan persoalan yang ingin diajukan kepada calon. Berdasarkan temubual penulis bersama-sama beberapa orang individu yang pernah terlibat dalam sesi temuduga sebagai penemuduga, mereka mengatakan bahawa kelemahan para graduan adalah keyakinan semasa berhujah. Mereka gagal untuk membawa hujah yang baik sewaktu bercakap umpama berdepan dengan hantu. Lantaran menyebabkan mereka gagal untuk mendapat peluang yang disediakan.

Semasa di UMT kita sentiasa didedahkan dengan pembentangan kerja secara berkumpulan yang mana ingin melihat cara kita bekerja secara berpasukan dan juga lagak kita untuk menegakkan hujah kita, namun hakikat yang nyata semasa pembentangan dilakukan individu yang sama akan tampil untuk melakukan pembentangan di hadapan kelas..di mana ahli2 kumpulan yang lain, ini lah yang akan menimbulkan persoalan apabila yang enggan bercakap itulah yang akan dan sering menghadapi masalah semasa intiview dijalankan. Ditambah pula dengan penguasaan bahasa inggeris yang berada pada tahap yang kurang memuaskan adalah antara faktor mengapa ramai graduan pada hari ini ramai yang menganggur.

Sebagai seorang mahasiswa yang dipilih memasuki IPTA di kalangan ribuan pelajar di luar sana, kita patut berbangga dan gunakanlah segala potensi yang ada dalam diri kita, semasa di UMT lah kita perlu merebut peluang untuk masuk persatuan, kelab, terlibat dengan pelbagai aktiviti universiti. Pengalaman yang diperolehi ini bukan sahaja mampu untuk menyokong kita apabila kuar daripada UMT kelak akan tetapi akan membantu dalam memberikan kekuatan kepada kita untuk berdepan dengan public..

Kepada seluruh keluarga POSESO, kami sidang blog poseso@uMt mengharapkan agar satu anjakan paradigma akan tercetus dalam diri setiap mahasiswa POSESO...

Jumpa Lagi....