Saturday, July 18, 2009

TAHNIAH GRADUAN POSESO (GROUP 2006/2009)

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada seluruh warga posesorian UMT...
Lama betul blog kesayangan kita semua ini tidak diupdate, al-maklum lah banyak urusan yang terpaksa penulis selesaikan, ok lah berbalik kepada tajuk kita pada kali ini sidang POSESO@UMT ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada kumpulan 2006/2009 yang baru sahaja selamat menerima skrol masing-masing pada istiadat konvokesyen ke-7 Universiti Malaysia Terengganu yang berlangsung pada 15-16 Julai 2009 yang lalu..

Saat-saat menerima skrol merupakan saat yang paling bersejarah dalam hidup kita, setelah penat lelah 3 tahun berkejar dengan kuliah,tutorial,tugasan,kuiz,keje lapangan dan banyak lagi akhirnya hari yang ditunggu-tunggu tiba jua apabila segulung ijazah dikurniakan kepada kita atas syarat-syarat yang telah kita lepasi,pada masa ni insan paling gembira adalah ibubapa kita yang banyak berjasa dalam mendidik kita untuk menjadi insan yang cemerlang, tidak dilupakan juga kepada barisan pensyarah Jabatan Ekologi Sosial yang sentiasa memberikan satu pembaharuan dalam menjadikan graduan POSESO setanding dengan arus kemodenan dan kepesatan semasa...

Pada kesempatan ini, blog POSESO@UMT ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada 2 orang graduan POSESO yang berjaya mengekalkan kecemerlangan sehingga berjaya menamatkan pengajian dengan kepujian kelas pertama, tahniah dan syabas diucapakan semoga kalian terus unggul dan mampu melakukan perubahan untuk diri,keluarga dan masyarakat kelak, kepada barisan graduan yang baru sahaja selesai menerima skrol cabaran hidup anda telah sedia menunggu, pilih lah jalan yang anda rasa tepat dengan diri anda berpandukan segala ilmu yang diberikan dan dibekalkan oleh para pensyarah semasa menuntut di UMT...

Apapun yang pasti jangan sesekali lupakan pengalaman pahit manis semasa di UMT kerana UMT dan POSESO adalah merupakan warna-warna kedewasaan kalian semua, kami di sidang blog POSESO@UMT sekali lagi ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada semua graduan POSESO UMT 2009....

0 comments: