"Setiap semester pelajar POSESO paling ramai dianugerahkan Sijil Anugerah Dekan, adakah ini disebabkan kursus yang ditawarkan mudah diskor?"
Hai korang sume mesti sentap bila baca tajuk kat ataskan "Betul atau Tidak Student POSESO tidak Berkualiti?"..Persoalan ini sering menjadi tanda tanya kepada kebanyakkan pelajar daripada bidang pengajian lain yang mengatakan bahawa pelajar poseso adalah kalangan yang tidak berkualiti. Hal ini disebabkan oleh penawaran kursus bagi program ini dikatakan terlalu mudah untuk diskor lantaran itu menyebabkan ramai student poseso yang melepasi CGPA 3.00++ ke atas. Adakah benar dakwaan ni?....
Bagi menguraikan permasalahan ini, saya sendiri selaku penulis blog POSESOUMT pernah bertanyakan kepada Prof Madya Dr Asyraf Abdul Rahman yang merupakan Timbalan Dekan Siswazah FPE yang mana beliau mengatakan bahawa kewujudan program Pengurusan Polisi dan Sekitaran Sosial adalah bagi memenuhi pasaran semasa yang menginginkan pelajar yang mempunyai disiplin dalam menganalisis kerangka pembangunan berdasarkan kepada prinsip-prinsip yang digunapakai...
Mungkin kebanykkan pelajar misalnya daripada FST, FMSM, dan FASM tidak pernah merasai kursus yang ditawarkan di bawah Jabatan Ekologi, sebab itu lah mereka menyimpulkan semua kursus yang ditawarkan bagi program pengurusan polisi dan sekitaran sosial ini adalah mudah untuk diskor lantaran menyebabkan index kualiti pelajar akan merosot. Mereka kebanyakkan menggunakan parameter penilaian dengan melihat kepada kursus Kenegaraan, TITAS dan Hubungan Etnik yang ditawarkan di bawah Jabatan Ekologi Sosial, cuba lihat kepada kursus lain seperti Analisis Polisi, Penilaian dan Pemantauan Program, Mikroeko, Makro, Alam Sekitar, Financial dan bayak lagi yang berhubungkait dalam melihat pembangunan manusia dalam pelbagai aspek..
Jika dilihat sehingga Istiadat Konvokesyen Ke 6 yang lalu, pelajar2 Poseso ternyata masih mengekalkan kecemerlangan dengan jumlah yang mendapat 3.00 ke bawah adalah berkurangan jika dibandingkan dengan program lain. Adakah ini disebabkan oleh kursus tersebut atau daya juang pelajar poseso sendiri. Selaku penulis blog ini dan pernah menjadi pelajar poseso, ternyata kursus yang ditawarkan kepada pelajar adalah bukan sebarangan kursus dan memerlukan lebih banyak pembacaan luar daripada bidang yang dipelajari untuk menjawab sesuatu persoalan. Konsep pemikiran yang rasional bagi menjawab setiap soalan yang diajukan adalah merupakan antara piawaian yang digunapakai bagi melahirkan penganalisis polisi yang mampu menjana pembangunan negara.
Isu kualiti dan tidak kualiti ini tidak perlu timbul, hal ini kerana pasaran pekerjaan hari ini bukan melihat kepada CGPA yang hebat, kos yang power sampai nak sebut susah menjamin masa depan cerah, akan tetapi kehandalan kita dalam melengkapkan diri bagi menghadapi cabaran tersebut adalah penting. Pada zaman sekarang pelajar yang dapat 1st clas skali pun x ada keistimewaan sekiranya tidak tahu bercakap, sekadar tahu komen dan handal di kertas tapi pengecut di medan intiview sebenar x akan ke mana jugak jawabnya...
Jadi, mana2 pihak bersuara mengatakan pelajar poseso tidak berkualiti rasanya tidak tepat sama sekali, setiap pelajar yang diterima masuk ke IPTA mempunyai potensi nya yang tersendiri. Terpulang kepada individu tersebut untuk merebut peluang tersebut...
3 comments:
wow..betul2 tersentap...tapi dari cerita senior2 dan lecturer2,ianya bergantung kat student tu sendiri..lecturer(puan aya) pon ade kata,dalam bab kualiti atau tidak,kita yang kene pandai mainkan peranan dan pasarkan diri...kalau CGPA setinggi mana pon,kalau x tahu nak pasarkan diri,x menjadi jugak..
erm..nk kte trsentap 2, xla sgt pn..cbe pkir2kn blik kte pye coz xbrape strong sgt dlm bidang pkerjaan ni..xberape related sgt klu nk dbndingkn dgn coz2 yg dtwarkn oleh IPTA lain wpn CGPA kte power cmne pn..so depend pd pljr utk mnentukan ms dpan dorg..
betul2 setuju sangat2
Post a Comment