Oleh: Jamaludin Bahari, Penganalisis Temuduga
Warga POSESO semua di bawah adalah email yang dihantar kepada penulis oleh En Jamaludin Bahari yang merupakan seorang penganalisis temuduga, diharap agar ianya akan dapat membantu graduan POSESO semasa temuduga nanti..
"Assalamualikum dan selamat sejahtera Faizal,Dah lama saya tak hantar email kepada Faizal. Faizal sihat? Saya harap Faizal berada dalam keadaan sihat sokmo. Mari kita ikuti satu tips baru dari saya..
Kita sering dengar di mana calon-calon temuduga beremosi semasa dalam sesi temuduga. Contohnya:
1.Calon naik marah apabila terasa dipermain-mainkan oleh panel penemuduga..saiko sikit dah melenting
2.Calon sangat sensitif sehingga ada yang menangis jika dimarahi atau dihina oleh panel penemuduga terutamnya calon girl la kan...hehehe
3.Calon merasakan diri mereka sangat hebat sehingga memperlekeh-lekehkan panel penemuduga..tahula diorang tululusan oversea jangan la berlagak kan..
4.Calon terlalu sedih menceritakan kesusahan hidup,sehingga merayu-rayu kepada panel ” tolong la encik...kasihanila saya encik” sambil menangis teresak-esak..
5.Calon amat berlagak, menceritakan diorang anak Datuk,saudara menteri, ada kabel baik punye....sehinggakan hidungtu naik tinggi macam Piee Nana Tanjung..
6.Calon me”muncungkan” bibir apabila tidak suka akanpanel yang menemuduga kerana bagi soalan power
7.Dan bermacam-macam ragam lagi la....Semasa berada di bilik temuduga, kerapkalinya kita akan ditanyakan soalan-soalan yang kita kurang bersedia dan mampu menyentuh emosi kita. Soalan-soalan inikebanyakkannya seolah-olah "mencabar" kewibawaan kita.Senang cerita – saiko...
Apa yang perlu kita perlu lakukan adalah :
1.Ingatkan diri kita bahawa penemuduga hanya sedang menguji kita. Umpama orang yang sedang berlakon drama.Bukannya betul-betul. Panel ni sebenarnya nak lihat reaksi kita bagaimana. Dari situ mereka boleh menilai akan keperibadian diri kita sebenarnya. Adakah kita seorang yang sensitif,garang, bersabar, tenang dan lain-lain.
2.Jawab dengan jelas dan lantang apabila menjawab soalan berbentuk provokasi ini. Mengapa? Dengan berbuat sebegini,kita akan menjadi lebih berkeyakinan dan bersemangat dan tidak mudah diprovokasikan.
3.Kikiskan sifat ego kita jika ada. Kita perlu merendahkan diri secara sederhana (jangan terlalu merendah diri).Hormati penemuduga kita, kerana merekalah yang menentukan samada kita berjaya atau tidak dalam temuduga tersebut.
4.Tenangkan diri kita sebelum menjawab soalan, selalunya penemuduga akan cuba menggunakan jawapan kita untuk membidas. Ambil masa sedikit sebelum menjawab soalan yang ditanya.
5.Banyakkan senyuman. Ya senyuman itu adalah penawar.Penawar yang mampu melembutkan hati orang yang senyum dan juga orang yang melihat senyuman kita.
6.Berikan penekanan dalam jawapan kita yang menyokong butiran-butiran yang tertulis dalam CV/Resume anda. Berikan penekanan kepada pencapaian kita yang tidak boleh dicapai orang lain. Kiranya kita rasakan kita memang berkelebihan dalam sesuatu bidang.
7.Jangan sesekali menunjukkan kita hilang minat terhadap pekerjaan ditawarkan. Kita perlu tunjukkan sikap excited kita kepada panel penemuduga. Penemuduga akan melihat kita sebagai seorang yang benar-benar inginkan jawatan yang dipohon.Sekian saja tips dari saya yang tidak seberapa ni.
Sorry ye ayat saya taip ni sempoi2 je...Sekali-skala guna ayat sempoi...hehehe Thanks,Admin kerja-kerajaan.com, Jamaluddin Bahari"
Semoga tips yang diberikan akan dapat digunakan untuk berdepan dengan penemuduga yang kita sendiri tidak jangka apa soalan yang akan ditanya..so, sediakan payung sebelum hujan..
Wednesday, May 13, 2009
TIPS TEMUDUGA BERKESAN
Posted by KAYANGAN at 7:53 PM 0 comments
PERHATIAN KEPADA SEMUA EX STUDENT DAN STUDENT POSESO
Kepada semua bekas pelajar dan pelajar POSESO anda diminta untuk menyumbangkan apa2 jua artikel dalam semua aspek untuk dipubliskan dalam blog ini. Mungkin bagi bekas pelajar POSESO boleh coretkan pengalaman hidup selepas habis study, tak kurang hebatnya bagi pelajar POSESO sekarang yang masih belajar dekat UMT boleh hantar artikel anda untuk dimuatkan di dalam blog ini. Perkongsian maklumat adalah penting bagi memastikan semua pelajar POSESO akan mendapat manfaat yang berguna dengan kewujudan blog ini yang matlamat utamanya adalah bagi mengumpulkan semua pelajar2 Sarjana Muda Pengurusan Polisi Dan Sekitaran Sosial di bawah satu bumbung, bagi yang ingin menghantar artikel sila hantar artikel anda kepada editor blog poseso@uMt di alamat yuki_peda@yahoo.com
Kerjasama semua pelajar POSESO adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan Terima Kasih yang tidak terhingga..
Salam Sayang
Editor
Blog poseso@uMt
Posted by KAYANGAN at 9:13 AM 0 comments
Tuesday, May 12, 2009
EX STUDENT POSESO 04/07 BAKAL BERGELAR PENDIDIK
apa cter hari, di harap agar semuanya berada dalam keadaan elok lah hendaknya. Penulis baru sahaja hadir satu majlis perpisahan salah seorang pensyarah di kawasan Bangi berhampiran kampus penulis. Hari yang indah ini penulis ingin bercerita tentang salah seorang bekas pelajar POSESO daripada kumpulan 2004/2007 yang telah terpilih sebagai salah seorang calon pendidik di bawah Kursus Peguruan Lepasan Ijazah yang sekarang ini sedang mengikuti latihan perguruan di Institut Perguruan di Negeri Johor...
Bekas pelajar POSESO yang penulis maksudkan adalah "Abg Are-um" yang mana beliau telah dipilih untuk mengikuti kursus KPLI dan bakal menjadi seorang pendidik yang cemerlang suatu hari nanti.
Iklas daripada sidang blog poseso@uMt kami mendoakan agar abg are-um akan menjadi ikon kepada pelajar2 POSESO yang lain dalam menempatkan diri sebagai salah seorang calon pendidik. Di harap agar abg are-um terus mengekalkan kecemerlangan sebagai seorang pendidik yang akan membimbang anak bangsa yang tercinta..
Ariyossss.....
Posted by KAYANGAN at 11:06 PM 0 comments
Monday, May 11, 2009
KARNIVAL KERJAYA GRADUAN 2009
Posted by KAYANGAN at 9:00 PM 0 comments
APA KABA SENIOR GROUP 03/06 DAN 04/07
Selamat kembali...
Diharap agar semua sihat hendaknya. Semoga pelajar-pelajar POSESO sentiasa cemerlang di mana jua. Kepada junior2 yang sedang mengikuti latihan industri (LI) buatlah yang terbaik. Jangan lawan cakap bos sudah. Tidak kurang yang baru sahaja tamat study group 06/09 semoga dapat tempuhi alam pekerjaan dengan sabar ok. Hari ni kita nak postkan perkabaran tentang senior2 group 03/06 dan group 04/07. Apa kaba lah senior2 kedua2 group ini. Mesti ada yang dah dapat keje tetap dan tak dilupakan juga yang sudah mendirikan masjid..alhamdulillah.
Kepada senior2 group 03/06 dan 04/07 yang ingin menyiarkan life terbaru mereka untuk dipostkan untuk tatapan para junior bolehlah hantar artikel anda kepada ketua sidang blog poseso@uMt di alamat email yuki_peda@yahoo.com...boleh lah kita sama kita berkongsi pengalaman hidup setelah tamat pengajian di UMT yang kita semua kagumi..
Kemunculan blog ini juga adalah bagi mencapai matlamat untuk menyiarkan segala aktiviti, kejayaan serta berita tentang seluruh warga POSESO. Di harap agar senior2 dapatlah meluangkan masa untuk membaca bahan2 yang terdapat dalam blog ini..
Sekian,
Terima Kasih...
Posted by KAYANGAN at 4:00 AM 1 comments
60% GROUP 05/08 DAPAT PANGGILAN INTIVIEW DPLI
Hai sume...
sihat? senior2 n junior2 sume sihat...hati2 sekarang ni macam penyakit ada terbaru A H1N1 dengan kata lain selsema babi, kesian kat babi kan dijadikan mangsa selsema. Oklah hari ni penulis blog poseso@uMt bukan nak story pasal selsema babi akan tetapi ingin memaklumkan akan peratusan yang layak untuk menduduki sesi temuduga bagi Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah atau DPLI...
Sejak kebelakangan ini, trend menjadikan bidang perguruan sebagai kerjaya hidup adalah semakin meningkat. Lantaran itu menyebabkan persaingan untuk mendapatkan tempat yang disediakan amatlah sengit. Berdasarkan laporan daripada wartawan sidang blog poseso@uMt mendapati bahawa hampir 60 peratus pelajar poseso group 05/08 berjaya dalam ujian bertulis dan akan menduduki sesi temuduga yang akan berlangsung sekitar 21hb mei hingga 31hb mei ni serentak seluruh negara..
Pelajar poseso pada hari ini lebih fokus untuk mendapatkan peluang kerjaya dengan Suruhanjaya Pendidikan Malaysia berbanding lapangan lain yang sukar untuk diperolehi. Walau apa jua situasi, peratusan yang layak menduduki temuduga adalah tinggi..Daripada sidang blog poseso@uMt ingin merakamkan setinggi tahniah diharap agar semua calon2 daripada poseso, UMT akan dapat memberikan saingan kepada calon2 lain bagi membuktikan kepada semua pelajar poseso serba boleh...
Posted by KAYANGAN at 12:04 AM 3 comments
Sunday, May 10, 2009
SELAMAT HARI IBU....
Salam...
Sori tak update blog POSESO@UMT ni..penulis terpaksa mengikut rombongan pensyarah untuk penyelidikan di kawasan Wilayah Pembangunan Iskandar...Ok hari ni hari apa?...mesti sume tahu kan hari ni adalah "HARI IBU" atau "MOTHER DAYS"..
Tanggal 10hb Mei setiap tahun adalah merupakan tarikh keramat bagi semua ibu-ibu di seluruh dunia kerana pada tarikh ini ibu-ibu akan diraikan dengan penuh kasih dan sayang.. Kepada mereka yang mempunyai seorang insan bernama "IBU" jaga dia dengan penuh kasih sayang dan hargailah ia selagi masih ada, kepada mereka yang tidak mempunyai insan yang bernama "IBU" lagi jangan bersedih sedekahkan al-fatihah kepada roh bonda tersayang semoga di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman...
Sempena sambutan Hari ibu pada tahun ni, sidang blog poseso@UMT ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut hari IBU kepada seluruh Ibu-ibu di Malaysia serta para pensyarah di kalangan ibu-ibu iaitu:
Posted by KAYANGAN at 5:26 AM 0 comments
