Holla....
lama nyer x menulis kat blog ni, al-maklum lah penulis banyak sangat keja nak dibuat..ni pun atas desakan ramai nak kan maklumat terbaru kat blog POSESO@UMT ni maka disiarkan lah berita terbaru, tengok saja tajuk kat atas tu...tahniah kepada bakal2 pendidik. sapa pulak nak jadi cikgu ni kan!!
2-3 bulan lepas kan kecoh para graduan poseso sibuk isi borang, duduki ujian dan hadir intiview untuk kursus KPLI dan DPLI ambilan Julai 2009..jadi untuk kali ni, sidang blog POSESO@UMT ingin menyenaraikan senarai nama para graduan poseso yang berjaya dalam pemilihan tersebut dan rata2 nyer didominasi oleh kumpulan 1/2005..TAHNIAH diucapkan semoga dapat jadi cikgu yang baik ok...
1. Fred Anak Megom (IPG Hulu Kinta, Pengajian Sosial)
2. Mohd Amirul Bin Abdul Aziz (UUM, Sivik dan Kenegaraan)
3. Mohd Faizal Bin Abdul Ghani (UPSI, Pengajian Am)
4. Norhadi Mohd Nordin (UPSI, Pengajian Am)
5. Muhammad Firdaus Hassan (UPSI, Pengajian Am)
6. Mohd Masnizam Abd Mutalib (UPSI, Pengajian Am)
7. Hasrul Farid (UPSI, Pengajian Am)
8. Mohd Izahar Bin Yazid (UPSI, Sivik dan Kenegaraan)
9. Nurul Aqma Binti Mohd Zin (UPSI, Pengajian Am)
10. Nurul Akmar Abdul Halim (UPSI, Pengajian Am)
11. Wan Nur Salisah Wan Abd Rahman (UPSI, Pengajian Am)
12. Ramatia Bt Dullah (UPSI, Pengajian Am)
13. Norosminah Bt Sukaimi (UPSI, Pengajian Am)
14. Nordalilah Bt Awang Noh (UPSI, Pengajian Am)
15. Najibah Binti Jaafar (UPSI, Pengajian Am)
16. Julia Bt Mohd Zain (UPSI, Sivik Dan Kenegaraan)
17. Nur Ayuni Mamat (UPS, Sivik Dan Kenegaraan)
18. Nurul Khalidah Bt Khalid (UPSI, Sivik Dan Kenegaraan)
19. Rasyidah Bt Mansor (UPSI, Sivik Dan Kenegaraan)
20. Siti Nurul Ain Bt Mohsin (UPSI, Sivik Dan Kenegaraan)
21. Dominic Anak Peter Satub (UPSI, Pengajian Am)
22. Daisy Boneface (UPSI, Pengajian Am)
23. Ribka Kasing (UPSI, Pengajian Am)
24. Wan Noridayu Wang Ghani (UUM, Sivik Dan Kenegaraan)
25. Umi Huzaifah Bt Ngah (UUM, Sivik Dan Kenegaraan)
26. Suraida Bt Suhaimi (UUM, Sivik Dan Kenegaraan)
27. Siti Norashikin (UUM, Sivik Dan Kenegaraan)
28. Mohammad Bin Sidek (UKM, Masalah Pembelajaran)
29. Norjilawati Binti Mohd Amin (UPM, Pendidikan Moral)
30. Hashimah (UPSI, Pengajian Am)
31. Ismail Faiz Bin Japilus (UPSI, Pengajian Am)
32. Nor Azizah Bt Kauwasa (UPSI, Pengajian Am)
33. Suzana Bt Abdullah Sani (UPSI, Pengajian Am)
34. Samsiah Bt Mohd (UPSI, Pengajian Am)
35. Mardiana Bt Abd Razak (UPSI, Pengajian Am)
36. Nor Hamizah Binti Rusian (UPSI, Pengajian Am)
37. Hazura Binti Mustapha (UUM, Sivik Kenegaraan)
(Update sehingga 19.06.2009)
Senarai di atas adalah bakal2 pendidik daripada kumpulan 1/2005..tahniah diucapkan kepada yang berjaya, yang tidak berjaya jangan iri hati, jangan sakit hati, jangan bunuh diri..Insyaallah tahun depan ada lagi peluang. Dengan bilangan ini menjadikan graduan poseso paling ramai dipilih pada kali ini berbanding cos lain di UMT ..Tahniah diucapkan sekali lagi kepada para bakal guru...
Friday, June 19, 2009
TAHNIAH...BAKAL2 PENDIDIK (siri 1)
Posted by KAYANGAN at 1:54 AM 0 comments
Friday, May 15, 2009
SELAMAT HARI GURU KEPADA PENSYARAH JABATAN EKOLOGI SOSIAL
- Prof Dr Ibrahim Bin Mamat
- Prof Madya Dr Asyraf Hj Abd Rahman
- Prof Madya Dr Fazli Adam
- Dr Nizaita Omar
- Dr Bazli
- Dr Razali
- Dr Norhayati
- Puan Ismar Liza Mahani Ismail
- Puan Ruzaini
- Puan Rasyidah Mohamad
- En Nazli
- En Syahrin
- Cik Rozita
- Cik Aishah
H.A.P.P.Y. T.E.A.C.H.E.R. D.A.Y
Posted by KAYANGAN at 11:28 AM 0 comments
AL-FATIHAH KEPADA ARWAH EDY GROUP 08/11
Assalamualaikum..
alhamdulilah kerana izin Ilahi kita dapat lagi bernafas dan meneruskan hidup kita dengan penuh tanda tanya akan apakah takdir yang akan menunggu kita di depan. Pada edisi kali ini, penulis ingin mengumumkan kepada seluruh keluarga POSESO UMT akan pemergian arwah Edy yang merupakan pelajar tahun 1 Sarjana Muda Pengurusan Polisi Dan Sekitaran Sosial ke rahmatullah. Mengikut wartawan blog poseso@uMt arwah dikatakan terlibat dalam satu kemalangan jalan raya yang mengakibatkan pendarahan yang teruk lantaran arwah tidak dapat diselamatkan...
Sidang blog poseso@uMt dengan ini menyeru agar seisi keluarga POSESO UMT menghadiahkan al-fatihah kepada arwah Edy agar ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Kepada ahli keluarga arwah Edy kami mengharapkan agar bersabar dan pasrah dengan ujian yang diberikan oleh Ilahi. Sudah menjadi kitaran yang hidup pasti akan meninggal jua.
Salam Takziah,
Sidang Blog poseso@uMt
Posted by KAYANGAN at 9:00 AM 0 comments
GROUP 04/07..
"Lawatan Kl-Putrajaya Group 04/07"Editor
Posted by KAYANGAN at 8:39 AM 0 comments
E-KULIAH WEB UMT DISALAH GUNAKAN..
A'kum semua,
apa kaba hari ini?...kalau sebut tanya kaba ni penulis ingin bercerita tentang pengalaman yang cukup memilukan dalam riwayat hidup..hehehehe...al kisahnya penulis buka satu tajuk dekat ekuliah dekat website UMT topic tu berbunyi "apa kaba student policy". Penulis yang postkan tajuk tu sebelum kemunculan blog poseso@uMt ni. Malangnya ada sesetengah pelajar daripada group 07/10 daripada program pengajian lain serta junior POSESO sendiri yang sentapkan penulis dengan mendedahkan kekurang penulis di ruangan tersebut. Tajuk yang ditulis cukup elok sekali "Apa kaba student policy"...
Tapi apa yang penulis harapkan adalah komen daripada pelajar POSESO, tetapi lain pulak muncul. Dipersoalkan kenapa kita mudah dapat cgpa 3.00++, junior poseso daripada group 07/10 yang komen jugak tidak kurang hebat, umpama satu sindirin kepada penulis. Penulis kenal gerangan siapa pelajar tersebut. Karekter junior yang tulis komen yang menjatuhkan air muka penulis baik sahaja di depan tadi di belakang hanya tuhan saja mampu mengetahuinya. Dipersoalkan penulis menyambung pengajian di peringkat master dan penulis pada akhir ayat ada tulis perkataan "leed, uk" sekadar tagline untuk diri penulis turut dipersoalkan. Terima kasih kepada semua yang telah menyalahgunakan chatroom yang UMT sediakan untuk berinteraksi bukannya untuk gaduh..
Kepada junior group 07/10 ampun dan maaf penulis mohon sekiranya terkasar bahasa, ini kata orang tua2 kerana nila setitik habis rosak susu satu periuk..jumpa lagi, renung2 kan dan nilai di mana diri kita...
Posted by KAYANGAN at 2:12 AM 1 comments
Thursday, May 14, 2009
FOBIA UNTUK BERSUARA...
A'kum semua,
apa kaba anda hari ini?pensyarah jabatan ekologi sosial mcm mana? diharap agar semua berada dalam keadaan yang sihat walafiat hendaknya. Hari ni kita akan buka satu lagi topik dalam blog poseso@uMt ini iaitu masalah fobia bila berdepan dengan public, masalah ini merupakan antara masalah yang paling kronik terutama sekali yang melibatkan golongan graduan yang boleh kita terjemahkan mereka sebagai golongan elit yang akan menjana pembangunan negara kita. Masalah fobia bila bersuara ini sering kali menjadi penyakit kepada golongan para graduan. Lantaran itu menyebabkan pelbagai impak negatif yang akan diterima ekoran sindrom fobia untuk bersuara lagi..
Kalau dianalisis kecemerlangan pelajar pada hari ini di atas kertas semua cemerlang, akan tetapi persoalan yang selalu timbul di kotak fikiran apabila mengapa masih ada pelajar yang memiliki CGPA yang tinggi gagal untuk mendapat pekerjaan baik di sektor awam mahupun swasta, adakah program pengajian tidak kuat atau tahap kemampuan para graduan yang lemah untuk berdepan dengan barisan penemuduga yang kita sendiri tidak menyangka akan persoalan yang ingin diajukan kepada calon. Berdasarkan temubual penulis bersama-sama beberapa orang individu yang pernah terlibat dalam sesi temuduga sebagai penemuduga, mereka mengatakan bahawa kelemahan para graduan adalah keyakinan semasa berhujah. Mereka gagal untuk membawa hujah yang baik sewaktu bercakap umpama berdepan dengan hantu. Lantaran menyebabkan mereka gagal untuk mendapat peluang yang disediakan.
Semasa di UMT kita sentiasa didedahkan dengan pembentangan kerja secara berkumpulan yang mana ingin melihat cara kita bekerja secara berpasukan dan juga lagak kita untuk menegakkan hujah kita, namun hakikat yang nyata semasa pembentangan dilakukan individu yang sama akan tampil untuk melakukan pembentangan di hadapan kelas..di mana ahli2 kumpulan yang lain, ini lah yang akan menimbulkan persoalan apabila yang enggan bercakap itulah yang akan dan sering menghadapi masalah semasa intiview dijalankan. Ditambah pula dengan penguasaan bahasa inggeris yang berada pada tahap yang kurang memuaskan adalah antara faktor mengapa ramai graduan pada hari ini ramai yang menganggur.
Sebagai seorang mahasiswa yang dipilih memasuki IPTA di kalangan ribuan pelajar di luar sana, kita patut berbangga dan gunakanlah segala potensi yang ada dalam diri kita, semasa di UMT lah kita perlu merebut peluang untuk masuk persatuan, kelab, terlibat dengan pelbagai aktiviti universiti. Pengalaman yang diperolehi ini bukan sahaja mampu untuk menyokong kita apabila kuar daripada UMT kelak akan tetapi akan membantu dalam memberikan kekuatan kepada kita untuk berdepan dengan public..
Kepada seluruh keluarga POSESO, kami sidang blog poseso@uMt mengharapkan agar satu anjakan paradigma akan tercetus dalam diri setiap mahasiswa POSESO...
Jumpa Lagi....
Posted by KAYANGAN at 12:11 AM 0 comments
Wednesday, May 13, 2009
TIPS TEMUDUGA BERKESAN
Oleh: Jamaludin Bahari, Penganalisis Temuduga
Warga POSESO semua di bawah adalah email yang dihantar kepada penulis oleh En Jamaludin Bahari yang merupakan seorang penganalisis temuduga, diharap agar ianya akan dapat membantu graduan POSESO semasa temuduga nanti..
"Assalamualikum dan selamat sejahtera Faizal,Dah lama saya tak hantar email kepada Faizal. Faizal sihat? Saya harap Faizal berada dalam keadaan sihat sokmo. Mari kita ikuti satu tips baru dari saya..
Kita sering dengar di mana calon-calon temuduga beremosi semasa dalam sesi temuduga. Contohnya:
1.Calon naik marah apabila terasa dipermain-mainkan oleh panel penemuduga..saiko sikit dah melenting
2.Calon sangat sensitif sehingga ada yang menangis jika dimarahi atau dihina oleh panel penemuduga terutamnya calon girl la kan...hehehe
3.Calon merasakan diri mereka sangat hebat sehingga memperlekeh-lekehkan panel penemuduga..tahula diorang tululusan oversea jangan la berlagak kan..
4.Calon terlalu sedih menceritakan kesusahan hidup,sehingga merayu-rayu kepada panel ” tolong la encik...kasihanila saya encik” sambil menangis teresak-esak..
5.Calon amat berlagak, menceritakan diorang anak Datuk,saudara menteri, ada kabel baik punye....sehinggakan hidungtu naik tinggi macam Piee Nana Tanjung..
6.Calon me”muncungkan” bibir apabila tidak suka akanpanel yang menemuduga kerana bagi soalan power
7.Dan bermacam-macam ragam lagi la....Semasa berada di bilik temuduga, kerapkalinya kita akan ditanyakan soalan-soalan yang kita kurang bersedia dan mampu menyentuh emosi kita. Soalan-soalan inikebanyakkannya seolah-olah "mencabar" kewibawaan kita.Senang cerita – saiko...
Apa yang perlu kita perlu lakukan adalah :
1.Ingatkan diri kita bahawa penemuduga hanya sedang menguji kita. Umpama orang yang sedang berlakon drama.Bukannya betul-betul. Panel ni sebenarnya nak lihat reaksi kita bagaimana. Dari situ mereka boleh menilai akan keperibadian diri kita sebenarnya. Adakah kita seorang yang sensitif,garang, bersabar, tenang dan lain-lain.
2.Jawab dengan jelas dan lantang apabila menjawab soalan berbentuk provokasi ini. Mengapa? Dengan berbuat sebegini,kita akan menjadi lebih berkeyakinan dan bersemangat dan tidak mudah diprovokasikan.
3.Kikiskan sifat ego kita jika ada. Kita perlu merendahkan diri secara sederhana (jangan terlalu merendah diri).Hormati penemuduga kita, kerana merekalah yang menentukan samada kita berjaya atau tidak dalam temuduga tersebut.
4.Tenangkan diri kita sebelum menjawab soalan, selalunya penemuduga akan cuba menggunakan jawapan kita untuk membidas. Ambil masa sedikit sebelum menjawab soalan yang ditanya.
5.Banyakkan senyuman. Ya senyuman itu adalah penawar.Penawar yang mampu melembutkan hati orang yang senyum dan juga orang yang melihat senyuman kita.
6.Berikan penekanan dalam jawapan kita yang menyokong butiran-butiran yang tertulis dalam CV/Resume anda. Berikan penekanan kepada pencapaian kita yang tidak boleh dicapai orang lain. Kiranya kita rasakan kita memang berkelebihan dalam sesuatu bidang.
7.Jangan sesekali menunjukkan kita hilang minat terhadap pekerjaan ditawarkan. Kita perlu tunjukkan sikap excited kita kepada panel penemuduga. Penemuduga akan melihat kita sebagai seorang yang benar-benar inginkan jawatan yang dipohon.Sekian saja tips dari saya yang tidak seberapa ni.
Sorry ye ayat saya taip ni sempoi2 je...Sekali-skala guna ayat sempoi...hehehe Thanks,Admin kerja-kerajaan.com, Jamaluddin Bahari"
Semoga tips yang diberikan akan dapat digunakan untuk berdepan dengan penemuduga yang kita sendiri tidak jangka apa soalan yang akan ditanya..so, sediakan payung sebelum hujan..
Posted by KAYANGAN at 7:53 PM 0 comments