Friday, May 8, 2009

TAHNIAH SHAHIZAM MUSA!!

Salam sume...
Korang apa kaba hari ni sihat ker?..ni aku ada story sikit ni, alah pasal budak ejam (group 05/08). Dengar cter daripada sumber yang memang layak untuk dipercayai mengatakan yg dia dapat jadi FELO AKADEMIK kat Jabatan Ekologi Sosial, kira ok apa, ada juga dalam group 05/08 yang dapat keje kat Jabatan kita...ingat mudah nak keje kat FPE, bukan calang-calang student tau yang dapat keje kat situ..

Sumber juga ada mengatakan yang dia akan ditaja pengajian sarjana nya dekat UUM..dia buat bidang Sains Politik kalau x silap aku, nak jadi penganalisis politik kata nyer...sesuai ngan cita2 nyer yang nak jadikan Dr Ahmad Atory sebagai ikon dia...Lagi pun ejam kan antara student yang hot gak dalam clas 05/08 ni. Bukan saja mampu melontarkan hujah2 ngan bernas tetapi CGPA pun gempak jugak. Kira salah sorang best student POSESO jugak lah.

Apapun daripada sidang "Blog Poseso@UMT" mengucapkan tahniah kepada MUHAMMAD SHAHIZAM MUSA kerana terpilih sebagai FELO AKADEMIK FPE, di harap agar akan lebih ramai lagi kakitangan Jabatan Ekologi Sosial asalnya daripada pelajar Jabatan itu sendiri..hohohoho..



"X ker Berlin x apa lah UUM tetap dihati, huhuhuhu..."

0 comments: