Thursday, May 14, 2009

FOBIA UNTUK BERSUARA...

A'kum semua,
apa kaba anda hari ini?pensyarah jabatan ekologi sosial mcm mana? diharap agar semua berada dalam keadaan yang sihat walafiat hendaknya. Hari ni kita akan buka satu lagi topik dalam blog poseso@uMt ini iaitu masalah fobia bila berdepan dengan public, masalah ini merupakan antara masalah yang paling kronik terutama sekali yang melibatkan golongan graduan yang boleh kita terjemahkan mereka sebagai golongan elit yang akan menjana pembangunan negara kita. Masalah fobia bila bersuara ini sering kali menjadi penyakit kepada golongan para graduan. Lantaran itu menyebabkan pelbagai impak negatif yang akan diterima ekoran sindrom fobia untuk bersuara lagi..

Kalau dianalisis kecemerlangan pelajar pada hari ini di atas kertas semua cemerlang, akan tetapi persoalan yang selalu timbul di kotak fikiran apabila mengapa masih ada pelajar yang memiliki CGPA yang tinggi gagal untuk mendapat pekerjaan baik di sektor awam mahupun swasta, adakah program pengajian tidak kuat atau tahap kemampuan para graduan yang lemah untuk berdepan dengan barisan penemuduga yang kita sendiri tidak menyangka akan persoalan yang ingin diajukan kepada calon. Berdasarkan temubual penulis bersama-sama beberapa orang individu yang pernah terlibat dalam sesi temuduga sebagai penemuduga, mereka mengatakan bahawa kelemahan para graduan adalah keyakinan semasa berhujah. Mereka gagal untuk membawa hujah yang baik sewaktu bercakap umpama berdepan dengan hantu. Lantaran menyebabkan mereka gagal untuk mendapat peluang yang disediakan.

Semasa di UMT kita sentiasa didedahkan dengan pembentangan kerja secara berkumpulan yang mana ingin melihat cara kita bekerja secara berpasukan dan juga lagak kita untuk menegakkan hujah kita, namun hakikat yang nyata semasa pembentangan dilakukan individu yang sama akan tampil untuk melakukan pembentangan di hadapan kelas..di mana ahli2 kumpulan yang lain, ini lah yang akan menimbulkan persoalan apabila yang enggan bercakap itulah yang akan dan sering menghadapi masalah semasa intiview dijalankan. Ditambah pula dengan penguasaan bahasa inggeris yang berada pada tahap yang kurang memuaskan adalah antara faktor mengapa ramai graduan pada hari ini ramai yang menganggur.

Sebagai seorang mahasiswa yang dipilih memasuki IPTA di kalangan ribuan pelajar di luar sana, kita patut berbangga dan gunakanlah segala potensi yang ada dalam diri kita, semasa di UMT lah kita perlu merebut peluang untuk masuk persatuan, kelab, terlibat dengan pelbagai aktiviti universiti. Pengalaman yang diperolehi ini bukan sahaja mampu untuk menyokong kita apabila kuar daripada UMT kelak akan tetapi akan membantu dalam memberikan kekuatan kepada kita untuk berdepan dengan public..

Kepada seluruh keluarga POSESO, kami sidang blog poseso@uMt mengharapkan agar satu anjakan paradigma akan tercetus dalam diri setiap mahasiswa POSESO...

Jumpa Lagi....

0 comments: