Monday, May 11, 2009

APA KABA SENIOR GROUP 03/06 DAN 04/07

Selamat kembali...

Diharap agar semua sihat hendaknya. Semoga pelajar-pelajar POSESO sentiasa cemerlang di mana jua. Kepada junior2 yang sedang mengikuti latihan industri (LI) buatlah yang terbaik. Jangan lawan cakap bos sudah. Tidak kurang yang baru sahaja tamat study group 06/09 semoga dapat tempuhi alam pekerjaan dengan sabar ok. Hari ni kita nak postkan perkabaran tentang senior2 group 03/06 dan group 04/07. Apa kaba lah senior2 kedua2 group ini. Mesti ada yang dah dapat keje tetap dan tak dilupakan juga yang sudah mendirikan masjid..alhamdulillah.



Kepada senior2 group 03/06 dan 04/07 yang ingin menyiarkan life terbaru mereka untuk dipostkan untuk tatapan para junior bolehlah hantar artikel anda kepada ketua sidang blog poseso@uMt di alamat email yuki_peda@yahoo.com...boleh lah kita sama kita berkongsi pengalaman hidup setelah tamat pengajian di UMT yang kita semua kagumi..



Kemunculan blog ini juga adalah bagi mencapai matlamat untuk menyiarkan segala aktiviti, kejayaan serta berita tentang seluruh warga POSESO. Di harap agar senior2 dapatlah meluangkan masa untuk membaca bahan2 yang terdapat dalam blog ini..



Sekian,

Terima Kasih...

1 comments:

Are-UM -Sahrom said...

Salam buat semua...
Baru ari ni tau ade blog khas untuk Poseso group...Untuk makluman, ni A.Aum k..POSESO 04/07...Lawat la kat myblog http://iliamoraum.blogspot.com