Friday, May 15, 2009

SELAMAT HARI GURU KEPADA PENSYARAH JABATAN EKOLOGI SOSIAL

"Jika hari ini seorang raja menaiki tahta,
Jika hari ini seorang perdana menteri memerintah negara,
Jika hari ini seorang doktor merawat pesakitnya,
Jika hari ini seorang peguam menang perbicaraannya,
Jika hari ini seorang tentara gagah di medan pertempuran,
Segala langkahnya bermula daripada seorang insan bernama "GURU"..."
Hai semua,
Pagi yang indah kan!! hari ni adalah 16 Mei 2009 yang mana seluruh Malaysia menyambut Hari Guru. Guru umpama lilin membakar diri untuk menerangi orang lain. Tanpanya sesat lah kita di tengah-tengah lautan ilmu yang terbentang luas jugak. Pada kesempatan ini blog poseso@uMt ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada barisan pensyarah Jabatan Ekologi Sosial iaitu:
  • Prof Dr Ibrahim Bin Mamat
  • Prof Madya Dr Asyraf Hj Abd Rahman
  • Prof Madya Dr Fazli Adam
  • Dr Nizaita Omar
  • Dr Bazli
  • Dr Razali
  • Dr Norhayati
  • Puan Ismar Liza Mahani Ismail
  • Puan Ruzaini
  • Puan Rasyidah Mohamad
  • En Nazli
  • En Syahrin
  • Cik Rozita
  • Cik Aishah

H.A.P.P.Y. T.E.A.C.H.E.R. D.A.Y

AL-FATIHAH KEPADA ARWAH EDY GROUP 08/11

Assalamualaikum..
alhamdulilah kerana izin Ilahi kita dapat lagi bernafas dan meneruskan hidup kita dengan penuh tanda tanya akan apakah takdir yang akan menunggu kita di depan. Pada edisi kali ini, penulis ingin mengumumkan kepada seluruh keluarga POSESO UMT akan pemergian arwah Edy yang merupakan pelajar tahun 1 Sarjana Muda Pengurusan Polisi Dan Sekitaran Sosial ke rahmatullah. Mengikut wartawan blog poseso@uMt arwah dikatakan terlibat dalam satu kemalangan jalan raya yang mengakibatkan pendarahan yang teruk lantaran arwah tidak dapat diselamatkan...

Sidang blog poseso@uMt dengan ini menyeru agar seisi keluarga POSESO UMT menghadiahkan al-fatihah kepada arwah Edy agar ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Kepada ahli keluarga arwah Edy kami mengharapkan agar bersabar dan pasrah dengan ujian yang diberikan oleh Ilahi. Sudah menjadi kitaran yang hidup pasti akan meninggal jua.

Salam Takziah,
Sidang Blog poseso@uMt

GROUP 04/07..

"Posing di pantai lah kita jawabnyer, mana kak bedah?!!"

"Lawatan Kl-Putrajaya Group 04/07"
Salam semua,

Selamat malam, macam mana urusan hari ini. kerja macam mana diharap agar dapat dilakukan dengan penuh dedikasi hendaknya. Pada malam ini, penulis tak lakukan apa-apa sekadar check inbox dekat email blog poseso@uMt... ternyata blog POSESO semakin mendapat tempat. Terima kasih sidang blog poseso@uMt ucapkan kepada semua yang sudi untuk meluangkan masa membaca artikel santai di blog ini. Pada malam ini, kita akan berkongsi gambar yang dikirimkan oleh abg aum@ cikgu aum kita, kata abang aum pic yang dikirimkannya itu adalah kenangan bersama kawan-kawan group 04/07 semasa berada pada semester akhir di UMT yang mana gambar tersebut di ambil di Pantai Tok Jembal..
Pic kedua pula adalah semasa lawatan akademik ke Kuala Lumpur dan Putrajaya yang merupakan acara wajib bagi mahasiswa Sarjana Muda Pengurusan Polisi Dan Sekitaran Sosial, lawatan ini bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar tentang suasana sebenar berada dalam lingkungan pentadbiran kerajaan serta pelan pengurusannya..

Diharap tersiarnya pic ini akan membuatkan ikatan di antara group 04/07 semakin kuat. Kami di sidang blog poseso@uMt mendoakan semua POSESORIAN group 04/07 sentiasa berada dalam limpahan keberkatan dan akan terus unggul di mana jua berada..Kepada posesorian group 04/07 yang ingin menceritakan pengalaman hidup atau apa jua tips bolehlah emailkan kepada editor blog poseso@uMt agar artikel anda akan dapat disiarkan untuk tatapan semua..

Salam Rindu Penuh Keiklasan,
Editor

E-KULIAH WEB UMT DISALAH GUNAKAN..

A'kum semua,
apa kaba hari ini?...kalau sebut tanya kaba ni penulis ingin bercerita tentang pengalaman yang cukup memilukan dalam riwayat hidup..hehehehe...al kisahnya penulis buka satu tajuk dekat ekuliah dekat website UMT topic tu berbunyi "apa kaba student policy". Penulis yang postkan tajuk tu sebelum kemunculan blog poseso@uMt ni. Malangnya ada sesetengah pelajar daripada group 07/10 daripada program pengajian lain serta junior POSESO sendiri yang sentapkan penulis dengan mendedahkan kekurang penulis di ruangan tersebut. Tajuk yang ditulis cukup elok sekali "Apa kaba student policy"...

Tapi apa yang penulis harapkan adalah komen daripada pelajar POSESO, tetapi lain pulak muncul. Dipersoalkan kenapa kita mudah dapat cgpa 3.00++, junior poseso daripada group 07/10 yang komen jugak tidak kurang hebat, umpama satu sindirin kepada penulis. Penulis kenal gerangan siapa pelajar tersebut. Karekter junior yang tulis komen yang menjatuhkan air muka penulis baik sahaja di depan tadi di belakang hanya tuhan saja mampu mengetahuinya. Dipersoalkan penulis menyambung pengajian di peringkat master dan penulis pada akhir ayat ada tulis perkataan "leed, uk" sekadar tagline untuk diri penulis turut dipersoalkan. Terima kasih kepada semua yang telah menyalahgunakan chatroom yang UMT sediakan untuk berinteraksi bukannya untuk gaduh..

Kepada junior group 07/10 ampun dan maaf penulis mohon sekiranya terkasar bahasa, ini kata orang tua2 kerana nila setitik habis rosak susu satu periuk..jumpa lagi, renung2 kan dan nilai di mana diri kita...

Thursday, May 14, 2009

FOBIA UNTUK BERSUARA...

A'kum semua,
apa kaba anda hari ini?pensyarah jabatan ekologi sosial mcm mana? diharap agar semua berada dalam keadaan yang sihat walafiat hendaknya. Hari ni kita akan buka satu lagi topik dalam blog poseso@uMt ini iaitu masalah fobia bila berdepan dengan public, masalah ini merupakan antara masalah yang paling kronik terutama sekali yang melibatkan golongan graduan yang boleh kita terjemahkan mereka sebagai golongan elit yang akan menjana pembangunan negara kita. Masalah fobia bila bersuara ini sering kali menjadi penyakit kepada golongan para graduan. Lantaran itu menyebabkan pelbagai impak negatif yang akan diterima ekoran sindrom fobia untuk bersuara lagi..

Kalau dianalisis kecemerlangan pelajar pada hari ini di atas kertas semua cemerlang, akan tetapi persoalan yang selalu timbul di kotak fikiran apabila mengapa masih ada pelajar yang memiliki CGPA yang tinggi gagal untuk mendapat pekerjaan baik di sektor awam mahupun swasta, adakah program pengajian tidak kuat atau tahap kemampuan para graduan yang lemah untuk berdepan dengan barisan penemuduga yang kita sendiri tidak menyangka akan persoalan yang ingin diajukan kepada calon. Berdasarkan temubual penulis bersama-sama beberapa orang individu yang pernah terlibat dalam sesi temuduga sebagai penemuduga, mereka mengatakan bahawa kelemahan para graduan adalah keyakinan semasa berhujah. Mereka gagal untuk membawa hujah yang baik sewaktu bercakap umpama berdepan dengan hantu. Lantaran menyebabkan mereka gagal untuk mendapat peluang yang disediakan.

Semasa di UMT kita sentiasa didedahkan dengan pembentangan kerja secara berkumpulan yang mana ingin melihat cara kita bekerja secara berpasukan dan juga lagak kita untuk menegakkan hujah kita, namun hakikat yang nyata semasa pembentangan dilakukan individu yang sama akan tampil untuk melakukan pembentangan di hadapan kelas..di mana ahli2 kumpulan yang lain, ini lah yang akan menimbulkan persoalan apabila yang enggan bercakap itulah yang akan dan sering menghadapi masalah semasa intiview dijalankan. Ditambah pula dengan penguasaan bahasa inggeris yang berada pada tahap yang kurang memuaskan adalah antara faktor mengapa ramai graduan pada hari ini ramai yang menganggur.

Sebagai seorang mahasiswa yang dipilih memasuki IPTA di kalangan ribuan pelajar di luar sana, kita patut berbangga dan gunakanlah segala potensi yang ada dalam diri kita, semasa di UMT lah kita perlu merebut peluang untuk masuk persatuan, kelab, terlibat dengan pelbagai aktiviti universiti. Pengalaman yang diperolehi ini bukan sahaja mampu untuk menyokong kita apabila kuar daripada UMT kelak akan tetapi akan membantu dalam memberikan kekuatan kepada kita untuk berdepan dengan public..

Kepada seluruh keluarga POSESO, kami sidang blog poseso@uMt mengharapkan agar satu anjakan paradigma akan tercetus dalam diri setiap mahasiswa POSESO...

Jumpa Lagi....

Wednesday, May 13, 2009

TIPS TEMUDUGA BERKESAN

Oleh: Jamaludin Bahari, Penganalisis Temuduga

Warga POSESO semua di bawah adalah email yang dihantar kepada penulis oleh En Jamaludin Bahari yang merupakan seorang penganalisis temuduga, diharap agar ianya akan dapat membantu graduan POSESO semasa temuduga nanti..

"Assalamualikum dan selamat sejahtera Faizal,Dah lama saya tak hantar email kepada Faizal. Faizal sihat? Saya harap Faizal berada dalam keadaan sihat sokmo. Mari kita ikuti satu tips baru dari saya..

Kita sering dengar di mana calon-calon temuduga beremosi semasa dalam sesi temuduga. Contohnya:

1.Calon naik marah apabila terasa dipermain-mainkan oleh panel penemuduga..saiko sikit dah melenting

2.Calon sangat sensitif sehingga ada yang menangis jika dimarahi atau dihina oleh panel penemuduga terutamnya calon girl la kan...hehehe

3.Calon merasakan diri mereka sangat hebat sehingga memperlekeh-lekehkan panel penemuduga..tahula diorang tululusan oversea jangan la berlagak kan..

4.Calon terlalu sedih menceritakan kesusahan hidup,sehingga merayu-rayu kepada panel ” tolong la encik...kasihanila saya encik” sambil menangis teresak-esak..

5.Calon amat berlagak, menceritakan diorang anak Datuk,saudara menteri, ada kabel baik punye....sehinggakan hidungtu naik tinggi macam Piee Nana Tanjung..

6.Calon me”muncungkan” bibir apabila tidak suka akanpanel yang menemuduga kerana bagi soalan power

7.Dan bermacam-macam ragam lagi la....Semasa berada di bilik temuduga, kerapkalinya kita akan ditanyakan soalan-soalan yang kita kurang bersedia dan mampu menyentuh emosi kita. Soalan-soalan inikebanyakkannya seolah-olah "mencabar" kewibawaan kita.Senang cerita – saiko...

Apa yang perlu kita perlu lakukan adalah :

1.Ingatkan diri kita bahawa penemuduga hanya sedang menguji kita. Umpama orang yang sedang berlakon drama.Bukannya betul-betul. Panel ni sebenarnya nak lihat reaksi kita bagaimana. Dari situ mereka boleh menilai akan keperibadian diri kita sebenarnya. Adakah kita seorang yang sensitif,garang, bersabar, tenang dan lain-lain.

2.Jawab dengan jelas dan lantang apabila menjawab soalan berbentuk provokasi ini. Mengapa? Dengan berbuat sebegini,kita akan menjadi lebih berkeyakinan dan bersemangat dan tidak mudah diprovokasikan.

3.Kikiskan sifat ego kita jika ada. Kita perlu merendahkan diri secara sederhana (jangan terlalu merendah diri).Hormati penemuduga kita, kerana merekalah yang menentukan samada kita berjaya atau tidak dalam temuduga tersebut.

4.Tenangkan diri kita sebelum menjawab soalan, selalunya penemuduga akan cuba menggunakan jawapan kita untuk membidas. Ambil masa sedikit sebelum menjawab soalan yang ditanya.

5.Banyakkan senyuman. Ya senyuman itu adalah penawar.Penawar yang mampu melembutkan hati orang yang senyum dan juga orang yang melihat senyuman kita.

6.Berikan penekanan dalam jawapan kita yang menyokong butiran-butiran yang tertulis dalam CV/Resume anda. Berikan penekanan kepada pencapaian kita yang tidak boleh dicapai orang lain. Kiranya kita rasakan kita memang berkelebihan dalam sesuatu bidang.

7.Jangan sesekali menunjukkan kita hilang minat terhadap pekerjaan ditawarkan. Kita perlu tunjukkan sikap excited kita kepada panel penemuduga. Penemuduga akan melihat kita sebagai seorang yang benar-benar inginkan jawatan yang dipohon.Sekian saja tips dari saya yang tidak seberapa ni.

Sorry ye ayat saya taip ni sempoi2 je...Sekali-skala guna ayat sempoi...hehehe Thanks,Admin kerja-kerajaan.com, Jamaluddin Bahari"

Semoga tips yang diberikan akan dapat digunakan untuk berdepan dengan penemuduga yang kita sendiri tidak jangka apa soalan yang akan ditanya..so, sediakan payung sebelum hujan..


PERHATIAN KEPADA SEMUA EX STUDENT DAN STUDENT POSESO

Kepada semua bekas pelajar dan pelajar POSESO anda diminta untuk menyumbangkan apa2 jua artikel dalam semua aspek untuk dipubliskan dalam blog ini. Mungkin bagi bekas pelajar POSESO boleh coretkan pengalaman hidup selepas habis study, tak kurang hebatnya bagi pelajar POSESO sekarang yang masih belajar dekat UMT boleh hantar artikel anda untuk dimuatkan di dalam blog ini. Perkongsian maklumat adalah penting bagi memastikan semua pelajar POSESO akan mendapat manfaat yang berguna dengan kewujudan blog ini yang matlamat utamanya adalah bagi mengumpulkan semua pelajar2 Sarjana Muda Pengurusan Polisi Dan Sekitaran Sosial di bawah satu bumbung, bagi yang ingin menghantar artikel sila hantar artikel anda kepada editor blog poseso@uMt di alamat yuki_peda@yahoo.com

Kerjasama semua pelajar POSESO adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan Terima Kasih yang tidak terhingga..

Salam Sayang
Editor
Blog poseso@uMt

Tuesday, May 12, 2009

EX STUDENT POSESO 04/07 BAKAL BERGELAR PENDIDIK

T.A.H.N.I.A.H
A'kum semua,
apa cter hari, di harap agar semuanya berada dalam keadaan elok lah hendaknya. Penulis baru sahaja hadir satu majlis perpisahan salah seorang pensyarah di kawasan Bangi berhampiran kampus penulis. Hari yang indah ini penulis ingin bercerita tentang salah seorang bekas pelajar POSESO daripada kumpulan 2004/2007 yang telah terpilih sebagai salah seorang calon pendidik di bawah Kursus Peguruan Lepasan Ijazah yang sekarang ini sedang mengikuti latihan perguruan di Institut Perguruan di Negeri Johor...

Bekas pelajar POSESO yang penulis maksudkan adalah "Abg Are-um" yang mana beliau telah dipilih untuk mengikuti kursus KPLI dan bakal menjadi seorang pendidik yang cemerlang suatu hari nanti.

Iklas daripada sidang blog poseso@uMt kami mendoakan agar abg are-um akan menjadi ikon kepada pelajar2 POSESO yang lain dalam menempatkan diri sebagai salah seorang calon pendidik. Di harap agar abg are-um terus mengekalkan kecemerlangan sebagai seorang pendidik yang akan membimbang anak bangsa yang tercinta..

Ariyossss.....

Monday, May 11, 2009

KARNIVAL KERJAYA GRADUAN 2009


Sidang blog poseso@uMt ingin memaklumkan kepada semua semua graduan POSESO akan satu karnival kerjaya graduan 2009 akan di adakan seperti berikut


Venue :Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)


Tarikh :15 hingga 17 Mei 2009


Masuk adalah PERCUMA..

APA KABA SENIOR GROUP 03/06 DAN 04/07

Selamat kembali...

Diharap agar semua sihat hendaknya. Semoga pelajar-pelajar POSESO sentiasa cemerlang di mana jua. Kepada junior2 yang sedang mengikuti latihan industri (LI) buatlah yang terbaik. Jangan lawan cakap bos sudah. Tidak kurang yang baru sahaja tamat study group 06/09 semoga dapat tempuhi alam pekerjaan dengan sabar ok. Hari ni kita nak postkan perkabaran tentang senior2 group 03/06 dan group 04/07. Apa kaba lah senior2 kedua2 group ini. Mesti ada yang dah dapat keje tetap dan tak dilupakan juga yang sudah mendirikan masjid..alhamdulillah.



Kepada senior2 group 03/06 dan 04/07 yang ingin menyiarkan life terbaru mereka untuk dipostkan untuk tatapan para junior bolehlah hantar artikel anda kepada ketua sidang blog poseso@uMt di alamat email yuki_peda@yahoo.com...boleh lah kita sama kita berkongsi pengalaman hidup setelah tamat pengajian di UMT yang kita semua kagumi..



Kemunculan blog ini juga adalah bagi mencapai matlamat untuk menyiarkan segala aktiviti, kejayaan serta berita tentang seluruh warga POSESO. Di harap agar senior2 dapatlah meluangkan masa untuk membaca bahan2 yang terdapat dalam blog ini..



Sekian,

Terima Kasih...

60% GROUP 05/08 DAPAT PANGGILAN INTIVIEW DPLI

Hai sume...
sihat? senior2 n junior2 sume sihat...hati2 sekarang ni macam penyakit ada terbaru A H1N1 dengan kata lain selsema babi, kesian kat babi kan dijadikan mangsa selsema. Oklah hari ni penulis blog poseso@uMt bukan nak story pasal selsema babi akan tetapi ingin memaklumkan akan peratusan yang layak untuk menduduki sesi temuduga bagi Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah atau DPLI...

Sejak kebelakangan ini, trend menjadikan bidang perguruan sebagai kerjaya hidup adalah semakin meningkat. Lantaran itu menyebabkan persaingan untuk mendapatkan tempat yang disediakan amatlah sengit. Berdasarkan laporan daripada wartawan sidang blog poseso@uMt mendapati bahawa hampir 60 peratus pelajar poseso group 05/08 berjaya dalam ujian bertulis dan akan menduduki sesi temuduga yang akan berlangsung sekitar 21hb mei hingga 31hb mei ni serentak seluruh negara..

Pelajar poseso pada hari ini lebih fokus untuk mendapatkan peluang kerjaya dengan Suruhanjaya Pendidikan Malaysia berbanding lapangan lain yang sukar untuk diperolehi. Walau apa jua situasi, peratusan yang layak menduduki temuduga adalah tinggi..Daripada sidang blog poseso@uMt ingin merakamkan setinggi tahniah diharap agar semua calon2 daripada poseso, UMT akan dapat memberikan saingan kepada calon2 lain bagi membuktikan kepada semua pelajar poseso serba boleh...

Sunday, May 10, 2009

SELAMAT HARI IBU....

Salam...
Sori tak update blog POSESO@UMT ni..penulis terpaksa mengikut rombongan pensyarah untuk penyelidikan di kawasan Wilayah Pembangunan Iskandar...Ok hari ni hari apa?...mesti sume tahu kan hari ni adalah "HARI IBU" atau "MOTHER DAYS"..

Tanggal 10hb Mei setiap tahun adalah merupakan tarikh keramat bagi semua ibu-ibu di seluruh dunia kerana pada tarikh ini ibu-ibu akan diraikan dengan penuh kasih dan sayang.. Kepada mereka yang mempunyai seorang insan bernama "IBU" jaga dia dengan penuh kasih sayang dan hargailah ia selagi masih ada, kepada mereka yang tidak mempunyai insan yang bernama "IBU" lagi jangan bersedih sedekahkan al-fatihah kepada roh bonda tersayang semoga di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman...

Sempena sambutan Hari ibu pada tahun ni, sidang blog poseso@UMT ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut hari IBU kepada seluruh Ibu-ibu di Malaysia serta para pensyarah di kalangan ibu-ibu iaitu:

Barisan Ibu-ibu Istimewa Jabatan Ekologi Sosial
Dr. Nizaita Omar
Pn.Ismar Liza Mahani Binti Ismail
Puan Rasyidah Bt Mohamad
Puan Ruzaini
Semoga akan terus kekal sebagai barisan pensyarah yang baik hati serta seorang ibu yang penyanyang kepada anak didik macam kami semua...
Iklas Daripada Sidang Blog POSESO@UMT
HAPPY MOTHER DAYS...

Friday, May 8, 2009

BETUL ATAU TIDAK STUDENT POSESO TIDAK BERKUALITI?

"Setiap semester pelajar POSESO paling ramai dianugerahkan Sijil Anugerah Dekan, adakah ini disebabkan kursus yang ditawarkan mudah diskor?"

Hai korang sume mesti sentap bila baca tajuk kat ataskan "Betul atau Tidak Student POSESO tidak Berkualiti?"..Persoalan ini sering menjadi tanda tanya kepada kebanyakkan pelajar daripada bidang pengajian lain yang mengatakan bahawa pelajar poseso adalah kalangan yang tidak berkualiti. Hal ini disebabkan oleh penawaran kursus bagi program ini dikatakan terlalu mudah untuk diskor lantaran itu menyebabkan ramai student poseso yang melepasi CGPA 3.00++ ke atas. Adakah benar dakwaan ni?....


Bagi menguraikan permasalahan ini, saya sendiri selaku penulis blog POSESOUMT pernah bertanyakan kepada Prof Madya Dr Asyraf Abdul Rahman yang merupakan Timbalan Dekan Siswazah FPE yang mana beliau mengatakan bahawa kewujudan program Pengurusan Polisi dan Sekitaran Sosial adalah bagi memenuhi pasaran semasa yang menginginkan pelajar yang mempunyai disiplin dalam menganalisis kerangka pembangunan berdasarkan kepada prinsip-prinsip yang digunapakai...


Mungkin kebanykkan pelajar misalnya daripada FST, FMSM, dan FASM tidak pernah merasai kursus yang ditawarkan di bawah Jabatan Ekologi, sebab itu lah mereka menyimpulkan semua kursus yang ditawarkan bagi program pengurusan polisi dan sekitaran sosial ini adalah mudah untuk diskor lantaran menyebabkan index kualiti pelajar akan merosot. Mereka kebanyakkan menggunakan parameter penilaian dengan melihat kepada kursus Kenegaraan, TITAS dan Hubungan Etnik yang ditawarkan di bawah Jabatan Ekologi Sosial, cuba lihat kepada kursus lain seperti Analisis Polisi, Penilaian dan Pemantauan Program, Mikroeko, Makro, Alam Sekitar, Financial dan bayak lagi yang berhubungkait dalam melihat pembangunan manusia dalam pelbagai aspek..


Jika dilihat sehingga Istiadat Konvokesyen Ke 6 yang lalu, pelajar2 Poseso ternyata masih mengekalkan kecemerlangan dengan jumlah yang mendapat 3.00 ke bawah adalah berkurangan jika dibandingkan dengan program lain. Adakah ini disebabkan oleh kursus tersebut atau daya juang pelajar poseso sendiri. Selaku penulis blog ini dan pernah menjadi pelajar poseso, ternyata kursus yang ditawarkan kepada pelajar adalah bukan sebarangan kursus dan memerlukan lebih banyak pembacaan luar daripada bidang yang dipelajari untuk menjawab sesuatu persoalan. Konsep pemikiran yang rasional bagi menjawab setiap soalan yang diajukan adalah merupakan antara piawaian yang digunapakai bagi melahirkan penganalisis polisi yang mampu menjana pembangunan negara.


Isu kualiti dan tidak kualiti ini tidak perlu timbul, hal ini kerana pasaran pekerjaan hari ini bukan melihat kepada CGPA yang hebat, kos yang power sampai nak sebut susah menjamin masa depan cerah, akan tetapi kehandalan kita dalam melengkapkan diri bagi menghadapi cabaran tersebut adalah penting. Pada zaman sekarang pelajar yang dapat 1st clas skali pun x ada keistimewaan sekiranya tidak tahu bercakap, sekadar tahu komen dan handal di kertas tapi pengecut di medan intiview sebenar x akan ke mana jugak jawabnya...


Jadi, mana2 pihak bersuara mengatakan pelajar poseso tidak berkualiti rasanya tidak tepat sama sekali, setiap pelajar yang diterima masuk ke IPTA mempunyai potensi nya yang tersendiri. Terpulang kepada individu tersebut untuk merebut peluang tersebut...

TAHNIAH SHAHIZAM MUSA!!

Salam sume...
Korang apa kaba hari ni sihat ker?..ni aku ada story sikit ni, alah pasal budak ejam (group 05/08). Dengar cter daripada sumber yang memang layak untuk dipercayai mengatakan yg dia dapat jadi FELO AKADEMIK kat Jabatan Ekologi Sosial, kira ok apa, ada juga dalam group 05/08 yang dapat keje kat Jabatan kita...ingat mudah nak keje kat FPE, bukan calang-calang student tau yang dapat keje kat situ..

Sumber juga ada mengatakan yang dia akan ditaja pengajian sarjana nya dekat UUM..dia buat bidang Sains Politik kalau x silap aku, nak jadi penganalisis politik kata nyer...sesuai ngan cita2 nyer yang nak jadikan Dr Ahmad Atory sebagai ikon dia...Lagi pun ejam kan antara student yang hot gak dalam clas 05/08 ni. Bukan saja mampu melontarkan hujah2 ngan bernas tetapi CGPA pun gempak jugak. Kira salah sorang best student POSESO jugak lah.

Apapun daripada sidang "Blog Poseso@UMT" mengucapkan tahniah kepada MUHAMMAD SHAHIZAM MUSA kerana terpilih sebagai FELO AKADEMIK FPE, di harap agar akan lebih ramai lagi kakitangan Jabatan Ekologi Sosial asalnya daripada pelajar Jabatan itu sendiri..hohohoho..



"X ker Berlin x apa lah UUM tetap dihati, huhuhuhu..."

Thursday, May 7, 2009

PENILAIAN TEMUDUGA KERJA

Penilaian Interview
  • Kelulusan dan Pengalaman 15%
  • Apa pencapaian di peringkat sekolah?(8m)
  • Pengalaman Bekerja – Belum bekerja, Tidak Pernah bekerja,
    Sedang bekerja (7m)
  • Kegiatan Luar dan Kecenderungan 15%
  • Peringkat sek, institusi – nak tengok skill yang ada pada kita bukan
    akademik (15m)
  • Berhujah dan Kefasihan Bahasa 20%
  • kebolehan berhujah dan berinteraksi (4m)
  • Kefasihan Bahasa Melayu (4m)
  • Kefasihan Bahasa Inggeris (4m)
  • Cara bercakap / Gaya bahasa yang digunakan (4m)
  • Sifat dan Sahsiah 30%
  • Perwatakan
  • Fizikal – dari segi pakaian
  • Kesopanan – Bagi salam, minta duduk.
  • Keistimewaan yang kita miliki
  • Tahap Profesional - Contoh bidang polisi
    - Buat kajian
    - Kajian tentang dasar / analisis kerangka pembangunan
    - Isu-isu semasa mengenai profesion
    - Peranan profesion
  • Pengetahuan Am dan Teknikal
    - Isu semasa dalam dan luar negeri
    - Kebolehan memberi pendapat
    - Cek senarai tugas yang kita datang untuk interview tersebut
  • Tip-tip lain
    - mantapkan bahasa inggeris
    - jawab dengan berhemah dan tenang
    - jangan tergesa-gesa untuk menjawab sebab kita perlu masa untuk
    berfikir
    - pandangan bernas dan cungkil berdasarkan pengalaman kita
    - hadapi dengan tenang provokasi
    - personaliti – mudah bahasa, senang berkira
    - kadang-kadang tanya diluar bidang kita sendiri
    - semua orang kita kena rappo
    - kalau tiada pengalaman support idea orang (pandangan orang lain)
    - mempunyai diplomasi yang tinggi, jangan sampai dipijak kepala
    - kemahiran mengayat mesti power
    - penampilan dari segi tali leher dan appearance seperti senyum
    - apa yang kita boleh sumbangkan diorganisasi itu
    - jangan cakap kosong, kena pakar dalam bidang sendiri
    - general knowledge mesti ada, jangan terikat dengan profesion
    - mahir diri dalam skill generic dan functional
    - mahir ilmu-ilmu pengurusan

SENARAI PELAJAR POSESO GROUP 04/07 DAN 05/08 YANG SEDANG MENYAMBUNG PELAJARAN DI PERINGKAT SARJANA

Ex Student POSESO yang sedang melanjutkan pengajian dalam bidang EIA/SIA di Universiti Kebangsaan Malaysia sedang posing sebelum ke lapangan

Hai sume,

jumpa lagi..adik junior sihat? sekarang ni dah cuti sem kan, so gunakan lah masa yang ada ni dengan sebaik mungkin ok. Bagi yang sedang buat LI buatlah yang terbaik ok..jangan sia2 kan 6 jam kredit 2 ok. Umpama bonus jer 2, jangan lupe tengah2 buat LI persiapan untuk bahan projex akhir kena tengok jugak...


Baiklah atas permintaan junior2 yang ingin mengetahui akan bilangan group poseso 2004/2007 dan 2005/2008 yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana maka di senaraikan di bawah ini nama2 dak2 poseso group 2004/2007 dan 2005/2008 yang berjaya buat master dan ada diantara nyer yang bakal menamatkan peringkat sarjana ini tidak berapa lama lagi...


Dak Poseso group 2005/2008 dan 2004/2007 yang sedang study level sarjana adalah seperti berikut:


1. Ahmad Faisal Bin Mat Piah (Abg Bob) - Master EIA/SIA, Universiti Kebangsaan Malaysia

2. Mohd Faizal Bin Abdul Ghani (Peja) -Master EIA/SIA, Universiti Kebangsaan Malaysia

3. Mohd Afif Bin Mohd Sibri (Apih) - Master EIA/SIA, Universiti Kebangsaan Malaysia

4. Nurul Akmar Binti Abd Halim (Akmar) - Master EIA/SIA, Universiti Kebangsaan Malaysia

5. Nurul Aqma Bt Mohd Zin (Kema Kecik) - Master EIA/SIA, Universiti Kebangsaan Malaysia

6. Noor Adelinawani Bt Mohd Ali (Ena) - Master EIA/ SIA, Universiti Kebangsaan Malaysia

7. Bandi Anak Jalin (Bandi) - Master Sains Pengurusan Zon Pesisir Pantai, UMT

8. Nor Rosliha Binti Ramli (Rose) - Master Sains Pengurusan Zon Pesisir Pantai, UMT

9. Muhammad Shahizan Musa (Ejam) - Master Sains Politik, Universiti Utara Malaysia
10. Arbi - MBA, Universiti Kebangsaan Malaysia
11. Nurul Huda Binti Asre (Kak Huda) - Master Antrapologi dan Sosiologi, Universiti Kebangsaan Malaysia
12. Nurul Huda (Along) - Master Pengurusan Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia


Sekiranya ada junior2 yang ingin mengetahui skop bidang yang dipelajari oleh mereka bolehlah email,sms atau komen kat blog ni...


TAHNIAH FIZA, LATIFAH DAN SAIDA

Salam,
Korang sume apa kaba?aku harapkan agar korang sume sihat hendaknya...ada yg x sihat ker?kalau x sihat cepat2 jumpa Dr ok. Kali ni aku nak kongsi cter perkembangan dak2 poseso group 2005/2008 ni, korang tengok kan pic kat bawah ni...2 pasal aku nak cter hari ni pasal majlis perkahwinan dan pertunangan dak2 poseso ni sume..apapun tahniah diucapkan kepada NOR LATIFAH, HAFIZA dan SITI SAIDA kerana selamat dinikahkan dan tunangkan..Nor ngan Fiza dah selamat kawin ngan pasangan pilihan masing2. Saida pulak bertunang ngan pilihan atinya yang bakal melangsungkan perkahwinan mereka hujung tahun ni, makna nyer aku ke Penang lah nanti. Apapun semoga kalian bahagia hingga ke anak cucu ok





Di atas adalah majlis resepsi di rumah pengantin perempuan. Nor cantik berbaju songkek ala rekaan melayu klasik dengan rona merah hati menaikkan seri wajah, fiza pula memilih warna purple sebagai warna kebahagian, menampakkan sedikit kelainan dengan pemakaian kanta lekap...

Si manis Saida mengenakan padanan berwarna merah jambu pada majlis pertunangan...cantik dan anggun skali

WAJAH2 POSESO GROUP 2005/2008
















Hai korang sume ni lah sebahagian daripada wajah2 ceria dak2 poseso bagi kumpulan 2005/2008 yang sentiasa hepi x kira masa












SELAMAT DATANG


Hai sume..

Apa kaba sume, baiklah ni post yang 1st bagi blog POSESO UMT. Blog POSESO UMT merupakan blog yang khusus untuk mengetahui segala maklumat yang berkaitan dengan pelajar daripada program Sarjana Muda Pengurusan (Polisi Dan Sekitaran Sosial), Jabatan Ekologi Sosial, Fakulti Pengurusan Dan Ekonomi, Universiti Malaysia Terengganu. Blog ini bukan sahaja untuk menjadi pemangkin kepada sumber maklumat bagi semua pihak akan tetapi dalam masa yang sama mampu untuk mengeratkan hubungan di antara pelajar2 senior dan junior. Diharap agar kewujudan blog ini akan dapat menjadikan POSESO UMT adalah student paling gempaq kat bumi UMT ok...